PENGENALAN

Hari raya haji dikaitkan dengan ibadah haji. Dalam Islam ia disebut Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Pada hari tersebut, umat Islam digalakkan mengadakan sembelihan qurban. Ini bermakna orang yang mengerjakan haji mahupun tidak digalakkan melakukan ibadah qurban. Qurban bermaksud menyembelih binatang ternakan (al-an’am) pada 10,11,12 Dzulhijjah.

Manakala ibadah aqiqah adalah menyembelih binatang ternakan (al-an’am) sempena menyambut kelahiran bayi sebagai tanda syukur atas kelahiran tersebut.

Kedua-dua ibadah ini adalah sama dari segi pensyariaatannya iaitu penyembelihan binatang ternakan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, manakala yang membezakan antara keduanya pula ialah dari segi konsep. Ibadah qurban adalah sebagai lambang kesucian dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s terhadap Allah S.W.T, manakala aqiqah pula adalah lambang kesyukuran dan penebusan kerana kelahiran bayi menyembelih binatang (al- an-a’m) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam bidang pendidikan, kedua-dua tajuk ini dimasukkan dalam salibus matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah dalam pelajaran 15 dan 16 bahagian ibadat Tingkatan Empat. Kedua-dua tajuk ini perlu dijelaskan dengan mendalam pada para pelajar supaya mereka faham konsep sebenar kedua-duanya, hukum perlaksanaanya, syarat sah keduanya serta persamaan dan perbezaan antara kedunya. Disebabkan hal ini maka saya telah menggabungkan kedua-dua tajuk berkenaan di dalam laman pegajaran ini dengan harapan maklumat yang sedikit ini mampu membantu para pendidik sebagai penyediaan bahan pengajaran serta pemahaman para pelajar/pelayar.



Berikut dinyatakan sama contoh bahan pengajaran yang boleh digunakan bagi tajuk ini:

---> Untuk contoh format rancangan mengajar sila klik di sini
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan qurban sila klik download
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan aqiqah sila klik download

PANDUAN PEMAHAMAN ANDA

TEMPAT SEMBELIHAN

- Diutamakan, tempat penyembelihan qurban adalah berhampiran dengan tempat solat Aidil Adha di mana kita solat (misalnya lapangan atau masjid), hal ini kerana Rasulullah SAW berbuat demikian (HR. Bukhari). Tetapi itu tidak wajib, kerana Rasulullah juga mengizinkan penyembelihan di rumah sendiri (HR. Muslim). Sahabat Abdullah bin Umar RA menyembelih qurban di manhar, iaitu pejagalan atau rumah pemotongan hewan (Abdurrahman, 1990).

0 Comments:

Post a Comment