PENGENALAN

Hari raya haji dikaitkan dengan ibadah haji. Dalam Islam ia disebut Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Pada hari tersebut, umat Islam digalakkan mengadakan sembelihan qurban. Ini bermakna orang yang mengerjakan haji mahupun tidak digalakkan melakukan ibadah qurban. Qurban bermaksud menyembelih binatang ternakan (al-an’am) pada 10,11,12 Dzulhijjah.

Manakala ibadah aqiqah adalah menyembelih binatang ternakan (al-an’am) sempena menyambut kelahiran bayi sebagai tanda syukur atas kelahiran tersebut.

Kedua-dua ibadah ini adalah sama dari segi pensyariaatannya iaitu penyembelihan binatang ternakan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, manakala yang membezakan antara keduanya pula ialah dari segi konsep. Ibadah qurban adalah sebagai lambang kesucian dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s terhadap Allah S.W.T, manakala aqiqah pula adalah lambang kesyukuran dan penebusan kerana kelahiran bayi menyembelih binatang (al- an-a’m) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam bidang pendidikan, kedua-dua tajuk ini dimasukkan dalam salibus matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah dalam pelajaran 15 dan 16 bahagian ibadat Tingkatan Empat. Kedua-dua tajuk ini perlu dijelaskan dengan mendalam pada para pelajar supaya mereka faham konsep sebenar kedua-duanya, hukum perlaksanaanya, syarat sah keduanya serta persamaan dan perbezaan antara kedunya. Disebabkan hal ini maka saya telah menggabungkan kedua-dua tajuk berkenaan di dalam laman pegajaran ini dengan harapan maklumat yang sedikit ini mampu membantu para pendidik sebagai penyediaan bahan pengajaran serta pemahaman para pelajar/pelayar.



Berikut dinyatakan sama contoh bahan pengajaran yang boleh digunakan bagi tajuk ini:

---> Untuk contoh format rancangan mengajar sila klik di sini
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan qurban sila klik download
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan aqiqah sila klik download

PANDUAN PEMAHAMAN ANDA

SUNAT AQIQAH

1. Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Ini kerana Rasulullah s.a.w suka pada yang manis, sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah r.a katanya:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka yang manis dan madu." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan ad-Darimi)
- Namun begitu, jika dimasak dengan tidak ada rasa manis seperti dimasak dengan rasa yang masam, maka tidaklah ianya menjadi makruh kerana tidak ada larangan mengenainya.

2. Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdhal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin
RUJUKAN:
3. Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Demikian juga, daging aqiqah itu sunat dihadiahkan kepada orang kaya, dan dia memiliki apa yang dihadiahkan kepadanya itu. Dengan maksud memiliki itu adalah orang kaya tersebut boleh memakan atau menjualnya. Akan tetapi, daging aqiqah itu haram diberi atau dijual kepada orang kafir. Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban
4. Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah r.a
Maksudnya:"Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya." (Hadis riwayat al-Hakim)
-Adapun jika dipecah-pecahkan tulang aqiqah itu, maka tidaklah ianya menjadi makruh akan tetapi hanyalah menyalahi yang utama

0 Comments:

Post a Comment