PENGENALAN

Hari raya haji dikaitkan dengan ibadah haji. Dalam Islam ia disebut Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Pada hari tersebut, umat Islam digalakkan mengadakan sembelihan qurban. Ini bermakna orang yang mengerjakan haji mahupun tidak digalakkan melakukan ibadah qurban. Qurban bermaksud menyembelih binatang ternakan (al-an’am) pada 10,11,12 Dzulhijjah.

Manakala ibadah aqiqah adalah menyembelih binatang ternakan (al-an’am) sempena menyambut kelahiran bayi sebagai tanda syukur atas kelahiran tersebut.

Kedua-dua ibadah ini adalah sama dari segi pensyariaatannya iaitu penyembelihan binatang ternakan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, manakala yang membezakan antara keduanya pula ialah dari segi konsep. Ibadah qurban adalah sebagai lambang kesucian dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s terhadap Allah S.W.T, manakala aqiqah pula adalah lambang kesyukuran dan penebusan kerana kelahiran bayi menyembelih binatang (al- an-a’m) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam bidang pendidikan, kedua-dua tajuk ini dimasukkan dalam salibus matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah dalam pelajaran 15 dan 16 bahagian ibadat Tingkatan Empat. Kedua-dua tajuk ini perlu dijelaskan dengan mendalam pada para pelajar supaya mereka faham konsep sebenar kedua-duanya, hukum perlaksanaanya, syarat sah keduanya serta persamaan dan perbezaan antara kedunya. Disebabkan hal ini maka saya telah menggabungkan kedua-dua tajuk berkenaan di dalam laman pegajaran ini dengan harapan maklumat yang sedikit ini mampu membantu para pendidik sebagai penyediaan bahan pengajaran serta pemahaman para pelajar/pelayar.



Berikut dinyatakan sama contoh bahan pengajaran yang boleh digunakan bagi tajuk ini:

---> Untuk contoh format rancangan mengajar sila klik di sini
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan qurban sila klik download
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan aqiqah sila klik download

PANDUAN PEMAHAMAN ANDA

WAKTU PERLAKSANAAN

(1). Aqiqah sunat dilakukan pada hari yang ketujuh dari kelahiran, waktu ini adalah yang paling afdal perlaksanaanya. Ini berdasarkan sabda nabi Muhammad s.aw
Maksudnya: "Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

(2). Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri. Masih juga sunat dilakukan sepanjang hayatnya atau selepas matinya. Aqiqah adalah satu ibadah yang disunatkan hanya sekali sahaja bagi seseorang.

(3). Di dalam kitab Kifayah al-Akhyar ada menyebutkan bahawa masa untuk menyembelih aqiqah (bagi yang mampu) itu hendaklah jangan melebihi tempoh sehingga kering darah nifas ibu yang bersalin. Jika tidak dilakukan aqiqah setelah kering darah nifas, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berhenti menyusu (dalam tempoh dua tahun daripada hari kelahiran).
-Jika tidak dilakukannya juga, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berumur tujuh tahun. Jika tidak dilakukannya juga sehingga anak itu berumur tujuh tahun, bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi sebelum anak itu mencapai umur baligh. Jika anak itu mencapai umur baligh, maka pada masa itu diberi pilihan kepada anak tersebut untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri. (Kifayah al-Akhyar: 534

0 Comments:

Post a Comment