PENGENALAN

Hari raya haji dikaitkan dengan ibadah haji. Dalam Islam ia disebut Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Pada hari tersebut, umat Islam digalakkan mengadakan sembelihan qurban. Ini bermakna orang yang mengerjakan haji mahupun tidak digalakkan melakukan ibadah qurban. Qurban bermaksud menyembelih binatang ternakan (al-an’am) pada 10,11,12 Dzulhijjah.

Manakala ibadah aqiqah adalah menyembelih binatang ternakan (al-an’am) sempena menyambut kelahiran bayi sebagai tanda syukur atas kelahiran tersebut.

Kedua-dua ibadah ini adalah sama dari segi pensyariaatannya iaitu penyembelihan binatang ternakan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, manakala yang membezakan antara keduanya pula ialah dari segi konsep. Ibadah qurban adalah sebagai lambang kesucian dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s terhadap Allah S.W.T, manakala aqiqah pula adalah lambang kesyukuran dan penebusan kerana kelahiran bayi menyembelih binatang (al- an-a’m) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam bidang pendidikan, kedua-dua tajuk ini dimasukkan dalam salibus matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah dalam pelajaran 15 dan 16 bahagian ibadat Tingkatan Empat. Kedua-dua tajuk ini perlu dijelaskan dengan mendalam pada para pelajar supaya mereka faham konsep sebenar kedua-duanya, hukum perlaksanaanya, syarat sah keduanya serta persamaan dan perbezaan antara kedunya. Disebabkan hal ini maka saya telah menggabungkan kedua-dua tajuk berkenaan di dalam laman pegajaran ini dengan harapan maklumat yang sedikit ini mampu membantu para pendidik sebagai penyediaan bahan pengajaran serta pemahaman para pelajar/pelayar.



Berikut dinyatakan sama contoh bahan pengajaran yang boleh digunakan bagi tajuk ini:

---> Untuk contoh format rancangan mengajar sila klik di sini
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan qurban sila klik download
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan aqiqah sila klik download

PANDUAN PEMAHAMAN ANDA

HUKUM AQIQAH

(1). Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat adalah sunnah muakkadah, dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama’, berdasarkan anjuran Rasulullah s.a.w dan amalan langsung baginda s.a.w:
Maksudnya: Bersama anak laki-laki ada aqiqah, maka tumpahkan (penebus)darinya darah (sembelihan) dan bersihkan darinya kotoran (Maksudnya cukur rambutnya).” (HR: Ahmad, Al Bukhari dan Ashhabus Sunan)

(2). Aqiqah bukanlah sesuatu yang diwajibkan sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad s.a.w ketika Baginda mengaqiqahkan cucunda baginda Hasan dan Husain a.s. Hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bersabda maksudnya :

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

-Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan baharulah ianya dipanggil aqiqah wajib.

(3). Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah s.a.w bersabda
Maksudnya : "Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

-Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis "anak tergadai dengan aqiqahnya" di sini.

(a) Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diaqiqahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diaqiqahkan.

(b) Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diaqiqahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini adalah pendapat yang terbaik. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)

0 Comments:

Post a Comment