PENGENALAN

Hari raya haji dikaitkan dengan ibadah haji. Dalam Islam ia disebut Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Pada hari tersebut, umat Islam digalakkan mengadakan sembelihan qurban. Ini bermakna orang yang mengerjakan haji mahupun tidak digalakkan melakukan ibadah qurban. Qurban bermaksud menyembelih binatang ternakan (al-an’am) pada 10,11,12 Dzulhijjah.

Manakala ibadah aqiqah adalah menyembelih binatang ternakan (al-an’am) sempena menyambut kelahiran bayi sebagai tanda syukur atas kelahiran tersebut.

Kedua-dua ibadah ini adalah sama dari segi pensyariaatannya iaitu penyembelihan binatang ternakan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, manakala yang membezakan antara keduanya pula ialah dari segi konsep. Ibadah qurban adalah sebagai lambang kesucian dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s terhadap Allah S.W.T, manakala aqiqah pula adalah lambang kesyukuran dan penebusan kerana kelahiran bayi menyembelih binatang (al- an-a’m) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam bidang pendidikan, kedua-dua tajuk ini dimasukkan dalam salibus matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah dalam pelajaran 15 dan 16 bahagian ibadat Tingkatan Empat. Kedua-dua tajuk ini perlu dijelaskan dengan mendalam pada para pelajar supaya mereka faham konsep sebenar kedua-duanya, hukum perlaksanaanya, syarat sah keduanya serta persamaan dan perbezaan antara kedunya. Disebabkan hal ini maka saya telah menggabungkan kedua-dua tajuk berkenaan di dalam laman pegajaran ini dengan harapan maklumat yang sedikit ini mampu membantu para pendidik sebagai penyediaan bahan pengajaran serta pemahaman para pelajar/pelayar.



Berikut dinyatakan sama contoh bahan pengajaran yang boleh digunakan bagi tajuk ini:

---> Untuk contoh format rancangan mengajar sila klik di sini
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan qurban sila klik download
---> Untuk meng"upload" nota berkaitan aqiqah sila klik download

PANDUAN PEMAHAMAN ANDA

TAJUK 1: QURBAN


DEFINISI QURBAN

Dari segi bahasa: qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.

Dari sudut syara
‘: qurban bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari tasyrik, iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah s.w.tSebagaimana firman Allah dalam Surah al-Kauthar (108:2)

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagaitanda syukur)”

HUKUM PERLAKSANAAN QURBAN

(1). Qurban hukumnya sunnah, tidak wajib.

Imam Malik, Asy Syafi’i, Abu Yusuf, Ishak bin Rahawaih, Ibnul Mundzir, Ibnu Hazm dan lainnya berkata,

”Qurban itu hukumnya sunnah bagi orang yang mampu (kaya), bukan wajib, baik orang itu berada di kampung halamannya (muqim), dalam perjalanan (musafir), maupun dalam mengerjakan haji.” (Matdawam, 1984)

- Dasar kesunnahan qurban antara lain
i. firman Allah SWT :
“Maka dirikan (kerjakan) shalat karena Tuhanmu, dan berqurbanlah.” (TQS Al Kautsar : 2)
ii. “Aku diperintahkan (diwajibkan) untuk menyembelih qurban, sedang qurban itu bagi kamu adalah sunnah.” (HR. At Tirmidzi)
iii. “Telah diwajibkan atasku (Nabi SAW) qurban dan ia tidak wajib atas kalian.” (HR. Ad Daruquthni)

(2). Orang yang mampu berqurban tapi tidak berqurban, hukumnya makruh.

Sabda Nabi SAW :“Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi ia tidak berqurban, maka janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat sollat kami.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Al Hakim, dari Abu Hurairah RA. Menurut Imam Al Hakim, hadits ini shahih. Lihat Subulus Salam IV/91)

- Perkataan Nabi (janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat shalat kami) adalah suatu celaan (dzamm), iaitu tidak layaknya seseorang yang tak berqurban padahal mampu untuk mendekati tempat solat Aidil Adhha. Namun ini bukan celaan yang sangat/berat (dzamm syanii’) yang termasuk dalam hukum fahisyah (keji), atau min ‘amalisy syaithan (termasuk perbuatan syaitan), atau miitatan jaahiliyatan (mati jahiliyah) dan sebagainya. Lagi pula meninggalkan solat Aidil Adhha tidaklah berdosa, sebab hukumnya sunnah, tidak wajib. Maka, celaan tersebut mengandung hukum makruh, bukan haram (lihat ‘Atha` ibn Khalil, Taysir Al Wushul Ila Al Ushul, hal. 24; Al Jabari, 1994).
(3). Namun hukum qurban dapat menjadi wajib, jika menjadi nadzar seseorang, sebab memenuhi nadzar adalah wajib

Sebagaimana hadith Nabi s.a.w:

“Barangsiapa yang bernadzar untuk ketaatan (bukan maksiat) kepada Allah, maka hendaklah ia melaksanakannya.” (lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah XIII/157).
-Qurban juga menjadi wajib, jika seseorang (ketika membeli kambing, misalnya) berkata,”Ini milik Allah,” atau “Ini binatang qurban.” (Sayyid Sabiq, 1987; Al Jabari, 1994).

WAKTU PENYEMBELIHAN

(1). Ibadah qurban dilakukan pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Di sini dinyatakan beberapa hadith dan pendapat mengenai waktu penyembelihan dilaksanakan:

i. Haiwan qurban disembelih setelah selesai solat Aidil Adha.

Dalilnya:
Dari Barra bin Azib r.a, ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama kita mulai pada hari ini adalah kita solat kemudian menyembelih. Maka barang siapa yang melakukan hal itu, dia telah mendapatkan sunnah kami. Dan barang siapa yang telah menyembelih (sebelum solat), maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan termasuk haiwan qurban sedikitpun." (HR. Muslim no. 1961).

(2). Diperbolehkan untuk mengakhirkan penyembelihan (menyembelih pada hari kedua dan ketiga setelah hari raya) Sebagaimana diterangkan dalam hadith:
i. Dari Nabi s.a.w bahawasanya beliau bersabda:
"Setiap hari tasyriq ada sembelihan" (HR. Ahmad 4/8 dari Jubair bin Muthim r.a, dan dihasankan oleh Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid dalam Ahkamul iedain).

ii. Berkata Ibnul Qayyim:
"(Kebolehan menyembelih di hari-hari tasyriq) adalah pendapat Imam Ahmad, Malik, Abu Hanifah"

iii. Imam Ahmad berkata:
"Ini adalah pendapat lebih dari satu sahabat Nabi Muhammad s.a.w, dan Al-Atsram menyebutkan diantaranya: Ibnu Umar, Ibnu Abas r.a." (Zadul Maad 2/319).

A. Qurban di luar waktunya

(3). Namun begitu, jika penyembelihan dilakukan di luar waktunya kerana suatu sebab yang menghalang maka, ia adalah dibolehkan.

-Sebagai contoh, haiwan yang hendak diqurbankan hilang daripada kandangnya tanpa menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan tuan punya haiwan qurban ytersebut, dan haiwan itu ditemukan selepas habis waktu penyembelihan qurban.

- Penyembelihan qurban, diwakilkan pada orang lain dan ternyata orang yang menjadi wakil twersebut lupa dan teringat selepas waktu qurban berakhir.
Untuk permasalahan ini, dibolehkan berqurban di luar waktunya berdasarkan qias orang yang tertidur dan lupa melaksanakan solat sehingga waktunya berakhir. (maka orang ini cukup menunaikan solat apabila ia sudah bangun dan baru teringat).

B. Qurban waktu malam atau siang

-Dibolehkan berqurban pada waktu malam ataupun siang. Namun demikian, menyembelih haiwan qurban di waktu siang adalah lebih diutamakan. Dan menyembelihnya selepas menunaikan solat Aidil Adha adalah lebih afdal.
- Semakin jauh perlaksanaan qurban itu dari hari Aidil Adha, maka keutamaannya makin berkurang. Hal ini kerana Allah memerintahkan supaya bersegera dalam melakukan kebaikan.

TEMPAT SEMBELIHAN

- Diutamakan, tempat penyembelihan qurban adalah berhampiran dengan tempat solat Aidil Adha di mana kita solat (misalnya lapangan atau masjid), hal ini kerana Rasulullah SAW berbuat demikian (HR. Bukhari). Tetapi itu tidak wajib, kerana Rasulullah juga mengizinkan penyembelihan di rumah sendiri (HR. Muslim). Sahabat Abdullah bin Umar RA menyembelih qurban di manhar, iaitu pejagalan atau rumah pemotongan hewan (Abdurrahman, 1990).

CARA PENYEMBELIHAN

Cara penyembelihan binatang qurban mahupun aqiqah adalah sama iaitu dengan memenuhi syarat-syarat penyembelihan yang telah ditentukan oleh syara' iaitu:

(1). Memotong hingga putus kesemua halqum dan mari’ binatang itu dengan alat yang tajam seperti pisau. (bukan tulang atau kuku):

Halqum: Tempat keluar masuk nafas
Mari' : Tempat laluan makanan yg terletak di bawah halqum

(2). Wajib bagi orang yg menyembelih itu memotong keseluruhan halqum dan mari’. Jika ditinggalkan sebahagiannya iaitu belum putus dan mati binatang tersebut di dalam keadaan yg demikian, maka tidak sempurna penyembelihan dan ia dikira BANGKAI. Begitu juga jika telah berhenti gerak binatang yg disembelih itu padahal halqum atau mari’belum putus, kemudian DIPOTONG SEMULA halqum dan mari’ yg tertinggal itu, maka yg ia juga dikira BANGKAI

(3). Disyaratkan binatang yg disembelih ada hayat mustaqirrah ketika mula-mula disembelih. Di antara tanda adanya hayat mustaqirrah itu ialah kuat geraknya ketika dipotong halqum dan mari’ serta menyembur darahnya. Menurut Imam Nawawi memadai dengan kuat geraknya ketika disembelih

SYARAT UMUR BINATANG QURBAN



(1). Unta, lembu, Kerbau : 7 bahagian atau 7 orang
(2). Kambing, biri-biri, kibas : 1 bahagian atau 1 orang
(3). Unta : 10 bahagian atau 10 orang

SYARAT SAH ORANG YANG BERQURBAN


(1). Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.
(2). Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.
(3). Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.
(4). Hendaklah binatang yang akan diqurbankan itu adalah kepunyaannya sendiri. Bukan binatang curi, ataupun rampasan yang jelas menunjukkna bahawa dia bukan sahibul pada haiwan yang diqurbankan. Atau milik orang lain, tetapi telah sah syara’ nya iaitu mendapat izin dari tuan punya haiwan berkenaan.
RUJUKAN:
Ibadat qurban, hukum dan cara
pengendaliannya, Jabatan Mufti Kerajaan, Brunei Darussalam

SYARAT SAH QURBAN

(1). Hendaklah disembelih oleh orang Islam. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

(2).Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

(3). Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.

SYARAT SAH BINATANG QURBAN

A. Sifat binatang yang diqurbankan



B. Jenis Binatang Yang Diqurban


(1). Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.

Firman Allah S.W.T:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ

Maksudnya:“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”(Surah Al-Hajj 22:34)

(2). Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah s.a.w atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.

(3). Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.

Nabi Muhammad s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”

SYARAT SAH QURBAN

(1). Hendaklah disembelih oleh orang Islam. Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.

(2).Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

(3). Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.

KEDUDUKAN DAGING QURBAN


(1). Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut: “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.

(2). Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.

(3). Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:

فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ
Maksudnya:“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”(Surah Al-Hajj, 22:28)

-.Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah S.W.T:

وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ
Maksudnya:“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”(Surah Al-Hajj, 22:36)

-Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.

(4). Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya.

-Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.

- Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.

-. Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.

(5). Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal.
(6). Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.
Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.
RUJUKAN:
-Pendidikan Islam SPM, Mustafa Embong
-

MEWAKILKAN QURBAN

Dalam persoalan berkaitan perwakilan dalam melaksanakan qurban ini, antara pendapat-pendapatnya adalah seperti berikut:

-Said Sabiq dalam kitabnya "Fiqhus Sunnah", membolehkan daging korban dipindahkan ke negeri lain. Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu.

- Said Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafi'e di Mekah, pernah ditanya orang tentang masalah itu dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah?
Said Al-Bakri dalam kitabnya "I'anatut Thalibin" memuat jawapan terhadap pertanyaan tersebut, jawabnya ialah sah dan boleh berwakil untuk pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.

- Imam kita (mazhab Syafi'e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya boleh berwakil kepada orang lain untuk menyembelih korban. Dan boleh pula berwasiat untuk membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan yang empunya korban itu sunat menyaksikan upacara penyembelihan korbannya.Dalam hal ini hukumnya adalah sama dengan hukum untuk ibadah aqiqah.

- Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah (korban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.

- Walaupun begitu, tidak boleh seseorang melakukan korban bagi pihak orang lain kecuali dengan izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak termasuk ibadah korban yang dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri .

- Maka seorang ayah boleh menyembelih korban untuk anaknya, dan begitu juga sebaliknya, anak boleh menyembelih korban untuk ibu yang menjadi tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu.

- Manakala megenai orang yang sudah meninggal sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat untuk berkorban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan korban untuknya. Wasiat itu dianggap sebagai izinnya

PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

(1). Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.

(2). Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.

(3).Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.

(4). Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.

(5). Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.

(6). Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.

(7). Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.

(8). Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.

(9). Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.

(10). Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.

(11). Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:

i. Membaca basmalah.
ii. Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
iii. Binatang diarahkan ke arah qiblat.
iv. Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
v. Berdoa.

(12). Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :
“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”

(13). Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:

“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan…..”

PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

(1). Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.

(2)Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.

(3).Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan.
Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.

(4). Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.

PERBEZAAN ANTARA QURBAN & AQIQAH

PERBEZAAN DARI SEGI HUKUM DAGING AGIHAN


TAJUK 2: AQIQAH


DEFINISI

Aqiqah dalam pengertian syara‘ ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya

Sabda Rasullullah s.a.w:

كل غلام رهينة بعقيقته تذ ب عنه يوم سابعه,
ويحلق ويسمى


Maksudnya: "Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."(Riwayat Abu Daud)
- Aqiqah itu bukan adat, tetapi ibadat. Ibadat yang jelas dinyatakan dalam dalil-dalil syarie. Maka, setiap ibu dan bapa perlu menghayatinya sesuai dengan kedudukannya sebagai ibadat

HUKUM AQIQAH

(1). Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat adalah sunnah muakkadah, dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama’, berdasarkan anjuran Rasulullah s.a.w dan amalan langsung baginda s.a.w:
Maksudnya: Bersama anak laki-laki ada aqiqah, maka tumpahkan (penebus)darinya darah (sembelihan) dan bersihkan darinya kotoran (Maksudnya cukur rambutnya).” (HR: Ahmad, Al Bukhari dan Ashhabus Sunan)

(2). Aqiqah bukanlah sesuatu yang diwajibkan sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad s.a.w ketika Baginda mengaqiqahkan cucunda baginda Hasan dan Husain a.s. Hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullahs.a.w, lalu Baginda bersabda maksudnya :

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

-Maksud hadis daripada perkataan (suka atau ingin menyembelihkan untuk anaknya) itu menunjukkan tidak wajib melakukan aqiqah, melainkan jika aqiqah itu dinazarkan baharulah ianya dipanggil aqiqah wajib.

(3). Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah s.a.w bersabda
Maksudnya : "Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

-Terdapat dua pendapat dalam menghuraikan maksud hadis "anak tergadai dengan aqiqahnya" di sini.

(a) Pendapat pertama mengatakan bahawa jika tidak diaqiqahkan, anak itu akan terbantut atau terhalang pertumbuhannya, tidak seperti anak-anak lain yang diaqiqahkan.

(b) Pendapat kedua mengatakan bahawa maksudnya ialah anak itu tidak akan memberi syafaat kepada kedua ibu bapanya pada hari kiamat kelak jika dia tidak diaqiqahkan. Pendapat kedua ini adalah pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, dan pendapat ini adalah pendapat yang terbaik. (Mughni al-Muhtaj: 4/369)

AQIQAH NAZAR

(1) Apa yang dimaksudkan dengan aqiqah nazar itu sama keadaannya dengan korban nazar. Iaitu binatang sembelihan bagi aqiqah itu menjadi wajib apabila ia dinadzarkan, sama ada nadzar itu nadzar yang sebenar (nadzar hakikat) ataupun nadzar dari segi hukum sahaja, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya: "Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah dia mentaatiNya". (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(2). Maksud nazar yang sebenar itu adalah dengan menyebut nama Allah atau menggunakan perkataan ‘nazar’. Sebagai contoh orang yang beraqiqah itu berkata:
"Demi Allah wajib ke atasku menyembelih kambing ini sebagai aqiqah"
ataupun dia berkata: "Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai aqiqah anakku."
(3). Adapun bernazar dari segi hukum sahaja seperti seseorang itu berkata:
"Aku jadikan seekor kambing yang aku pegang ini untuk aqiqah anakku"
ataupun dia berkata: "Ini adalah aqiqah anakku"
-maka dianggap sama seperti bernazar yang sebenar kerana dia telah menentukan (ta‘yin) binatang tersebut. Oleh itu, menurut Ibnu Hajar bahawa aqiqah wajib yang disebabkan oleh nazar atau ta‘yin itu wajib disedekahkan kesemuanya dengan mentah. Sementara menurut Khatib Syarbini dan ar-Ramli bahawa tidak wajib disedekahkan kesemuanya dalam keadaan mentah bahkan sunat dimasak.

WAKTU PERLAKSANAAN

(1). Aqiqah sunat dilakukan pada hari yang ketujuh dari kelahiran, waktu ini adalah yang paling afdal perlaksanaanya. Ini berdasarkan sabda nabi Muhammad s.aw
Maksudnya: "Anak-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya, disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

(2). Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri. Masih juga sunat dilakukan sepanjang hayatnya atau selepas matinya. Aqiqah adalah satu ibadah yang disunatkan hanya sekali sahaja bagi seseorang.

(3). Di dalam kitab Kifayah al-Akhyar ada menyebutkan bahawa masa untuk menyembelih aqiqah (bagi yang mampu) itu hendaklah jangan melebihi tempoh sehingga kering darah nifas ibu yang bersalin. Jika tidak dilakukan aqiqah setelah kering darah nifas, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berhenti menyusu (dalam tempoh dua tahun daripada hari kelahiran).
-Jika tidak dilakukannya juga, maka bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi janganlah terlewat sehingga anak itu berumur tujuh tahun. Jika tidak dilakukannya juga sehingga anak itu berumur tujuh tahun, bolehlah dilakukan selepas itu, tetapi sebelum anak itu mencapai umur baligh. Jika anak itu mencapai umur baligh, maka pada masa itu diberi pilihan kepada anak tersebut untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri. (Kifayah al-Akhyar: 534

JENIS BINATANG DAN BAHAGIANNYA

Tiada pertikaian bahawa, aqiqah itu adalah sunat untuk anak lelaki dan perempuan. Walau bagaimana pun timbul persoalan dari segi jumlah kambing yang disembelih untuk aqiqah itu anak lelaki dan perempuan.

  • Bayi lelaki- Dua ekor kambing atau biri-biri atau kibas atau 2/7 bahagian daripada lembu, kerbau atau unta
  • Bayi perempuan- Seekor kambing atau biri-biri atau kibas atau 1/7 bahagian daripada lembu, kerbau atau unta

- Jika anak yang dilahirkan itu lelaki, maka yang afdhalnya disunatkan menyembelih dua ekor kambing yang sama keadaan keduanya (besarnya). Manakala bagi anak perempuan, memadai dengan seekor kambing sahaja. Ini berdasarkan hadis daripada Ummi Kurz al-Ka‘biyyah katanya:

Maksudnya: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

- Pada perkara membuat aqiqah itu, yang lebih afdhal ialah dengan menyembelih tujuh ekor kambing, kemudian seekor unta, kemudian dengan seekor lembu atau kerbau, kemudian dengan seekor kibasy, kemudian dengan seekor kambing, kemudian dengan satu pertujuh unta dan seterusnya dengan satu pertujuh lembu atau kerbau.

- Oleh kerana itu, jika seseorang itu mempunyai harta yang banyak, adalah lebih afdhal lagi dan dituntut supaya dia melakukan aqiqah bagi seorang anak dengan tujuh ekor kambing atau dengan seekor unta atau lembu.


(A) Memadai dengan seekor kambing


Jika seseorang itu tidak berkemampuan untuk melakukan aqiqah bagi anak lelakinya dengan dua ekor kambing, maka memadailah dengan seekor kambing atau satu pertujuh daripada seekor unta, kerbau atau lembu. Ini kerana Nabi s.a.w sendiri membuat aqiqah untuk cucunda Baginda dengan menyembelih seekor kambing. Sebagaimana hadis daripada ‘Ali bin Abi Thalib katanya:

Maksudnya: "Rasulullah s.a.w mengaqiqahkan Hasan dengan seekor kambing." (Hadis riwayat at-Tirmidzi).


(B) Seekor kambing untuk dua orang anak


Jika seseorang itu mempunyai dua orang anak, lalu dibuatkan aqiqah untuk mereka dengan berkongsi seekor kambing adalah tidak sah aqiqah tersebut. Ini kerana seekor kambing itu hanya memadai dengan seorang sahaja melainkan unta atau lembu, kerana ianya boleh dikongsikan sehingga tujuh bahagian.

- Sebagai contoh, seekor unta atau lembu disembelih untuk dikongsikan bagi tujuh orang kanak-kanak.Seekor unta atau lembu itu juga, dagingnya boleh dikongsikan sama ada kesemua daging itu khusus untuk aqiqah atau pada sebahagiannya untuk daging biasa sahaja ataupun untuk daging korban, asalkan pembahagiannya itu bertepatan iaitu setiap seekor unta atau lembu tidak melebihi daripada tujuh bahagian.

(C) Bilangan binatang bagi anak yang khuntsa


- Bagi anak khuntsa (anak yang tidak diketahui jantinanya sama ada lelaki ataupun perempuan), para ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilangan binatang aqiqah yang hendak disembelih untuknya.

i. Ibnu Hajar berpendapat bahawa anak khuntsa sama seperti anak perempuan iaitu memadai disembelih dengan seekor kambing sahaja. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 9/371)

ii. Imam ar-Ramli mengatakan bahawa bagi anak yang khuntsa sunat disembelih dua ekor kambing sama seperti anak lelaki atas jalan berhati-hati (ihtiyathan). (Nihayath al-Muhtaj: 8/149)

PENGAGIHAN DAGING AQIQAH

SYARAT BINATANG AQIQAH

SUNAT AQIQAH

1. Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Ini kerana Rasulullah s.a.w suka pada yang manis, sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah r.a katanya:
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam suka yang manis dan madu." (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan ad-Darimi)
- Namun begitu, jika dimasak dengan tidak ada rasa manis seperti dimasak dengan rasa yang masam, maka tidaklah ianya menjadi makruh kerana tidak ada larangan mengenainya.

2. Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdhal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin
RUJUKAN:
3. Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Demikian juga, daging aqiqah itu sunat dihadiahkan kepada orang kaya, dan dia memiliki apa yang dihadiahkan kepadanya itu. Dengan maksud memiliki itu adalah orang kaya tersebut boleh memakan atau menjualnya. Akan tetapi, daging aqiqah itu haram diberi atau dijual kepada orang kafir. Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban
4. Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah r.a
Maksudnya:"Afdhal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya." (Hadis riwayat al-Hakim)
-Adapun jika dipecah-pecahkan tulang aqiqah itu, maka tidaklah ianya menjadi makruh akan tetapi hanyalah menyalahi yang utama

HIKMAH AQIQAH

1. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang di kurniakan oleh Allah.

2. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikkan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat dengan keluarga yang di kurniakan anak.

3. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah

4. Menjamu selera kepada golongan fakir dan miskin.

UJI MINDA ANDA

1- Pilih waktu menyembelih binatang qurban berakhir.
A) Apabila selesai solat Hari Raya Qurban
B) Apabila terbenam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah
C) Apabila masuk hari kedua Hari Raya Qurban
D) Sebaik matahari terbit pada 13 Zilhijjah

2- binatang yang layak dijadikan qurban
A) lembu dan kerbau yang berumur dua tahun
B) kambing dan biri-biri yang berumur 1 tahun
C) lembu, kerbau dan kambing yang berumur 2 tahun
D) lembu, kerbau dan unta yang berumur 5 tahun

3- nyatakan 3 golongan yang layak menerima pembahagian daging qurban
A)- 1/3 daging disedekahkan kepada ___________________________
B)- 1/3 diberi kepada ___________________________________
C)- 1/3 dimakan oleh _______________________________


4- Berikut ialah perkara sunat aqiqah kecuali
A) berdoa sebelum sembelihan
B) daging dimasak manis sebelum dijamu
C) daging disedekahkan setelah dimasak
D) daging aqiqah boleh dijual

5- a) bezakan pengertian antara qurban dan aqiqah
b) Huraikan hikmah qurban dan aqiqah bagi masyarakat Islam

;;